Kejayaan adalah sesuatu yang dicipta....bukan terjadi secara kebetulan....
Artikel ini saya tulis khusus untuk anda yang menganggap diri anda ‘newbie’ ataupun baru menceburi dalam bidang perniagaan. Statistik menunjukkan bahawa dalam 100 orang yang memulakan perniagaan (tidak kira perniagaan internet, MLM, konvensional dan sebagainya), hanya 10 orang sahaja yang berjaya dalam perniagaan mereka. Saya pasti perkara ini akan membuatkan anda berasa ragu-ragu untuk memulakan perniagaan. Percayakah anda bahawa kejayaan anda sebenarnya bukan satu kebetulan...tetapi anda yang menciptanya....anda yang mahukan diri anda berjaya sebenarnya....Jom baca tips2 di bawah ini..
Mark Zuckerberg mencipta kejayaannya menjadi jutawan dalam usia muda, begitu juga Irfan Khairi. Mereka berjaya dalam usia muda di dorong oleh satu perkara – keghairahan melakukan perkara yang menjadi mina, ia dipanggil ‘passion atau enthusiasm’.
Dari apa yang saya baca, Irfan Khairi meminati lukisan dan ‘creative design’. Mark Zuckerberg meminati pengaturcaraan komputer.
Facebook tetap jadi popular sedangkan ketika Facebook mula mendapat nama, internet sudah mempunyai berbagai laman sosial hebat seperti Friendster, Tagged, Myspace, Hi5, tak lupa laman-laman besar seperti Digg dan Delicious. Kerana apa Facebook popular?
Mark Zuckerberg berani memaparkan ciri-ciri keminatannya yang direka mengikut dia punya selera tanpa terikut-ikut dengan ciri laman web lain, lantas kelainan itu menjadikan (Facebook) berlainan dengan hasil laman web orang lain yang sudah gah menempa nama.
Saya dapati kejayaan hidup Irfan Khairi dan Mark Zuckerberg dicipta secara bertahap kesan dari sikap benar-benar menikmati keseronokan ketika melakukan apa yang mereka minat. Bacalah profail hidup Steve Jobs dan Anda akan tahu apa yang saya katakan ini betul.
Steve Jobs ditendang keluar dari kolej, tapi walaupun dia ditendang dari kolej , idea ‘gila’ Steve Jobs mengubah gaya hidup berbillion orang diseluruh dunia hari ini lantas menjadikan dia berjaya mengecapi tahap kejayaan yang lebih berjaya dari kejayaan-kejayaan dirinya sebelum ini. Dia memperkenalkan iPhone, iPad, iPod, produk-produk ‘bebudak’ yang tak pernah terfikir untuk dikeluarkan oleh pengeluar komputer lain.
Jadilah lain daripada yang lain, be different!
Anda sebenarnya dilahirkan untuk menjadi lain daripada orang lain tapi oleh kerana Anda mahu mendapat kawan dan mahu mendapat tempat di kalangan kawan-kawan Anda, Anda membentuk diri Anda menjadi sama dengan diri orang lain.
Untuk membentuk kejayaan Anda, Anda kena bentuk identiti sendiri, stail sendiri, bina jenama Anda sendiri, cipta gaya Anda tersendiri, cari apa ‘passion’ Anda. Kejayaan dicipta oleh apa yang menyeronokkan kita lalu kita jadikan keseronokan itu sesuatu yang bermanfaat untuk kebaikan orang lain pula.
Klik di follow utk jadi followers saya supaya dapat ikuti tips2 dan motivasi seterusnya dari saya...Jom!!

suka kat video siput and geese :)
ReplyDeletethks mr sadik...
ReplyDeletesalam. alhamdulilah ya allah kau telah mendengar setiap kali aku berdoa, dengan mengirim seorang hamba penolong yg ikhlas dan jujur untok bersedekah menurunkan ilmu-ilmu kpd saya untok kejayaan dlm vemma dan mengubah kehidupan saya yg lebih baik, ya allah aku bermohon pada mu,berikan lah kesehatan tuboh badan yg sehat, di permudahkan jln seluas luas nya, di kuat iman nya dan kesabaran dan semoga keluarga nya keluarga sakinah mawahdah wahrahmah kapada zainita. amin3
ReplyDelete