Bertemu kita kembali dalam dunia tips perniagaan internet. Anda tahu kenapa anda masih lagi tidak berjaya sedangkan orang lain yg baru sahaja join bisnes internet sudah boleh berjaya mencapai income ribuan ringgit seminggu.....Anda perlu tahu bahawa lebih banyak anda mencuba dalam perniagaan, lebih hampir anda kepada kejayaan. Ini adalah kerana dalam perniagaan dan kejayaan, segalanya mengikut kebarangkalian (probability).
Sekiranya anda mencuba 10 teknik promosi yang berlainan, kebarangkalian salah satu daripada 10 teknik tersebut mungkin menghasilkan pelanggan yang ramai adalah tinggi. Tetapi, sekiranya anda hanya mencuba 3 teknik promosi, kebarangkalian menjumpa teknik promosi yang berjaya adalah rendah.
Bayangkan sekiranya anda mencuba 20 teknik promosi. Kebarangkalian anda jumpa dengan teknik promosi yang ideal dan menghasilkan pelanggan paling ramai adalah amat tinggi!Perbanyakkan cara promosi anda supaya kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik untuk perniagaan anda adalah tinggi.
Selepas menjumpai cara paling ideal, gunakannya setiap masa!
Jangan mengharapkan 2-3 teknik promosi sahaja oleh kerana kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik adalah rendah.
Pemain baseball yang menghasilkan home-run (pukulan bola melebihi sempadan arena stadium!) paling banyak sekali didunia adalah pemain yang paling banyak sekali terpaksa strike-out (pemain dikeluarkan oleh kerana pukulan tidak mengena bola). Bila ditanya mengapa ini terjadi, beliau menjawab…
“kebarangkalian saya mendapat home-run adalah tinggi oleh kerana percubaan saya adalah tinggi. Lebih banyak kali saya strike-out, maka saya tahu, lebih hampir saya mendapat satu home-run!”
Semuanya adalah kebarangkalian! Jumpa lagi di tips seterusnya.....jgn jemu untuk membacanya...
No comments:
Post a Comment