Wednesday, December 8, 2010

Apakah Punca Kita Masih Gagal...Sedangkan Orang Lain Boleh Berjaya?

Ramai yang menjadi ahli perniagaan bungkus ditengah jalan. Mengapa jadi begitu? Jawapannya mudah sahaja. Mereka gagal kerana tiada perancangan dari awal dan tidak meletakkan sasaran ataupun gol untuk dicapai.

Perancangan adalah penting kerana jika tiada perancangan apa yang dilakukan sering tersasar dari kejayaan.Ingat "fail to plan is plan to fail". Kata-kata hikmat ini sering menjadi sebutan kepada para usahawan yang berjaya. Orang yang berjaya tahu bagaimana untuk meletakkan gol mereka dan tahu juga cara untuk mendapatkannya. Dan bagi orang yang gagal adalah sebaliknya.

Kegagalan dalam meletakkan sasaran bukan terletak pada ahli perniagaan sahaja malah ramai orang yang begitu.Sebab itulah ramai yang tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam kehidupan mereka.Terdapat lima sebab mengapa seseorang itu tidak mempunyai sasaran  untuk dicapai.

1.Tidak serius
untuk mencapai kejayaan perlulah ada sikap bersungguh-sungguh.Jika tidak kita hanya akan berada ditakuk    lama sampai bila-bila.Cubalah pergi bertanya kepada taukeh-taukeh yang sudah berjaya, adakah mereka membuat sesuatu kerja sambil lewa sahaja?

2.Tidak tahu apa pentingnya sasaran
Ramai yang tidak faham mengapa pentingnya meletakkan sasaran. Selalu kita jumpa orang muda yang mempunyai sasaran untuk dicapai datangnya daripada keluarga yang tahu mengapa pentingnya meletakkan sasaran dalam hidup.

3.Tidak tahu bagaimana?  
Tidak tahu bagaimana untuk meletakkan sasaran adalah juga satu faktor yang tidak dapat dinafikan.Ramai yang masih lagi terkial-kial apabila disuruh menetapkan satu sasaran untuk dicapai samaada bagi jangka waktu pendek mahupun pada jangka waktu  yang panjang. Ini adalah kerana mereka tidak pernah diajar untuk melakukannya sejak dibangku sekolah.
                                                  
4.Takut diperlekehkan
Takut diperlekehkan adalah juga benteng kepada sesuatu kejayaan.Pengalaman sejak kecil apabila selalu diperlekeh oleh orang sekeliling apabila  ingin membuat sesuatu diluar jangkauan akal mereka  menjadikan seseorang itu tidak berani memasang sebarang sasaran didalam diari hidup mereka.Orang sekeliling memainkan peranan yang besar terhadap perlakuan setiap individu.

5.Takut pada kegagalan
Mungkin ini adalah sebab yang paling penting antara semua.Seseorang tidak meletakkan sasaran mereka kerana mereka takut akan kegagalan. Takut pada kegagalan adalah halangan terbesar kepada setiap individu yang melata di muka bumi ini untuk mencapai kejayaan.

Di antara sebab yang menyebabkan takut gagal itu wujud adalah mereka tidak faham apakah peranan sebuah kegagalan demi mencapai sesuatu kejayaan.Jika dikaji sejarah usahawan yang terbilang kebanyakan mereka melalui episod kegagalan dahulu sebelum mengecapi kejayaan.Hakikatnya ialah tiada kejayaan sebelum kegagalan,dan seolah-olah mustahil mencapai kejayaan tanpa kegagalan.Kegagalan demi kegagalan bukanlah bermaksud kita takkan berjaya.Seseorang yang mempunyai semangat yang kental akan bangkit dari kegagalan kerana mereka telah mempelajari sesuatu daripadanya.Kegagalan sebenar adalah mereka yang berputus asa.Ingat !!Allah tidak suka makhluknya berputus asa.Kerana rezeki adalah ditangan Allah dan kita ditugas untuk terus berusaha selagi masih berakal.

p/s : Jom baca tips2 saya seterusnya...jgn lupa jadi follower saya ya...

2 comments:

  1. Tahniah Puan kerana berjaya menerbitkan blog ini,banyak ilmu perniagaan dapat dikongsi bersama

    ReplyDelete
  2. terima kasih semantap...jgn lupa baca tips seterusnya..

    ReplyDelete