Tuesday, March 8, 2011

SIKAP PENGARUHI KEJAYAAN HIDUP!!

Sikap memainkan peranan yang amat penting untuk berjaya. Berdasarkan hasil kajian terhadap golongan yang berjaya, 85% kejayaan yang dimiliki oleh individu yang berjaya adalah dipengaruhi oleh sikap, manakala baki 15% lagi adalah dari segi kepakaran atau teknikal.Jadi sikap yang positif benar-benar memainkan peranan yang positif untuk berjaya.

Orang yang berjaya di luar sana sebenarnya bukanlah 100 kali lebih bijak atau 1000 kali lebih bernasib baik daripada kita, tetapi mereka mempunyai 1 sahaja kelebihan iaitu bersikap positif. Bercakap soal positif ini, kita selalu ingat bahawa untuk berjaya mesti berfikiran positif. Maka dengan itu kita cuba memikirkan semua urusan secara positif. Malangnya, semakin difikir secara positif semakin banyak unsur negatif yang hadir. Di manakah silapnya? Menurut kata pakar motivasi sebut perkataan yang positif setiap hari, ulangi kata-kata positif setiap waktu, lakukan pekerjaan dengan cara yang positif. Namun ianya tidaklah semudah yang diucap. Bagaimana sebenarnya untuk mendapatkan sikap positif ini?   

1. Berfikiran Positif Bukan Lakonan.

Berfikiran positif, bersikap positif berlagak positif bukan boleh dilakonkan. Ia perlu lahir daripada pemahaman yang betul terhadap keupayaan dan kehebatan minda. Tiada gunanya berfikir secara positif tetapi jauh di sudut hati masih ada rasa takut, tidak percaya, tidak yakin, buntu, malas, risau, gelisah, gundah, kecewa dan sebagainya. Sekiranya perasaan ini masih timbul jauh di sudut hati, walaubagaimana kita paksa sekali pun, pemikiran positif itu tidak mampu hadir. Mungkin kita boleh rasakan tetapi begitu sekejap ia datang dan selebihnya kita masih diselimuti rasa negatif.

2. Kepentingan Sikap Yakin Diri.
Para pembaca budiman, untuk berjaya, kita harus memiliki sikap untuk berjaya. Kita mesti yakin dengan diri kita. Kita mesti percaya dengan diri kita. Bayangkan andainya kita sendiri tidak mempercayai diri kita, nah, bagaimana kita hendak mendapatkan kepercayaan orang lain. Pelik bukan. Tuan punya diri tidak percaya pada dirinya, tetapi mengharapkan agar orang lain memberi kepercayaan kepada dia. Jadi percaya diri adalah sikap yang paling utama harus dipupuk agar kita mampu menadapatkan kepercayaan orang lain. Ia penting dalam perniagaan. Seterusnya sikap yang kita perlu ada atau pupuk adalah sikap tidak putus asa.


3. Istiqamah dan Tidak Putus Asa
…  janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah… (al-Zumar: 53)
Setelah kita mempercayai diri kita, kita perlu teruskan usaha tanpa ada rasa kecewa atau putus asa. Untuk berjaya, istiqamah amat penting. Sayang seribu kali sayang, ramai diantara kita yang terlalu rakus dalam mengejar kekayaan. Kekayaan tidak datang dalam sekelip mata dan ia tidak akan hadir tanpa usaha. Kekayaan segera hanyalah bersifat sementara waktu. Pembaca mungkin tidak berapa setuju dengan kenyataan yang saya buat ini. Tetapi percayalah kajian membuktikan kekayaan yang hadir dalam sekelip mata akan musnah dalam sekelip mata juga.

Usaha yang berterusan akan mempastikan kejayaan yang berkekalan. Percayalah kejayaan seperti ini akan melahirkan rasa kepuasan dan keberkatan yang lebih kepada kita. Fokus pada kerja dan seterusnya lakukan yang terbaik tanpa alasan. Tingkatkan mutu kerja hari demi hari sehingga pada suatu ketika nanti apabila kita sedari kita telah pun berada di puncak kejayaan dan kekayaan. Ketika ini rasa kepuasan dan kesyukuran yang tiada terhingga sahaja yang mampu kita panjatkan pada Illahi.


4. Suka Beralasan
Selain daripada itu, sikap suka memberi alasan juga bakal menutup potensi diri kita. Untuk berjaya kita sepatutnya tidak boleh memberi apa-apa alasan kecuali berusaha. Percayalah sekiranya alasan yang kita bina itu lebih kuat daripada kehendak untuk berjaya, maka kejayaan masih jauh daripada kita. Hari ini pelbagai cara manusia boleh mencipta kekayaan. Kiosk yang menjual selipar yang kita lihat di gedung pasaraya di sekitar kita itu mampu memberi pulangan yang lumayan setimpal dengan gaji seorang ‘senior manager’ kepada pemiliknya. Apa yang pemiliknya perlu buat hanyalah berusaha dengan memastikan bahawa kedainya sentiasa terbuka. Begitu juga dengan pendapatan seorang peniaga burger tepi jalan yang saya kenali, mampu membawa pulang pendapatan bersih antara RM5,000 hingga RM12,000 sebulan. Kunci kejayaannya juga adalah memastikan perniagaan burgernya sentiasa dibuka.


5. Suka Pada Kerja
Satu lagi sikap yang tidak kurang penting bagi memastikan kejayaan adalah sikap suka pada kerja. Ramai diantara kita yang mempunyai pemahaman bila mereka bosan untuk bekerja makan gaji mereka mengambil keputusan untuk berniaga. Tahukah anda untuk berjaya sebenarnya anda mesti suka kepada bekerja. Bila kita ceburkan diri dalam bidang perniagaan budaya kerja yang cemerlang itu kita hanya perlu pindahkan kepada perusahaan kita. Barulah kita akan dapat mecetuskan momentum dan seterusnya menghasilkan produktiviti untuk syarikat kita. Jangan salah faham, dengan ideologi, “kami menceburi bidang perniagaan kerana dah bosan kerja, jadi kami ingin berniaga”. Walaupun kita bekerja sendiri tetapi kita perlu fokus dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan perniagaan kita.

Lihatlah senario yang saya kongsikan di atas, untuk berjaya seseorang itu hanya perlu mengubah sikapnya terlebih dahulu. Aduhai, adakalanya senak jiwa saya bila memikirkan sikap bangsa yang terlalu banyak memberi alasan dan terlalu banyak bercakap perkara yang tiada mendatangkan faedah. Pada mereka hanya pendapat mereka sahajalah yang betul, semua orang lain salah. Namun apa yang mereka buat untuk kemajuan diri? Kehidupan mereka semakin terhimpit dan kesalahan masih terletak dibahu orang lain. Manusia begini hanya akan kecewa dengan kehidupan mereka ketika tiba hari tua.

Hari ini untuk menjadi kaya bukanlah satu mimpi indah di siang hari lagi, tetapi ianya sudah mampu di miliki oleh sesiapa sahaja. Anak muda yang mempunyai kesedaran mampu memandu BMW 5 series dalam usia 28 tahun, dengan berpendapatan RM30,000.00 sebulan. Surirumah juga hari ini mampu meraih pendapatan RM7,000–8,000.00 sebulan. Peniaga burger mampu memiliki pendapatan RM12,000.00 sebulan, dan kita hanya melihat sambil berkata, “ish ish ish, bilalah aku nak dapat pendapatan macam tu”, tanpa mahu menukar sikap kita. Kini sudah tiba masanya untuk kita bangun dan menjadi bangsa yang berjaya. Ubahlah pemikiran kita dengan mengubah sikap kita, kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.


Mutiara Kata dari Khalifah Ali Bin Abi Talib:
“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.”

3 comments:

  1. salam,
    saya nak tnya.http://bizmantap.weebly.com/ ni kan..dia kerja mengenai ape ye..saya kurang faham..dan tkut kalau just tipu2 je.. thanks..
    harap bals ye..lau boleh balas kat blog saye.. http://amiraazereen.blogspot.com thanks..

    ReplyDelete
  2. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete
  3. Free Baccarat In-Play: Rules and Scariest Baccarat
    How to Win at งานออนไลน์ Online 바카라 Baccarat – Rules and Scariest Baccarat · If the player wins, he'll also win. · There 인카지노 are a number of ways to win on baccarat

    ReplyDelete