Tuesday, November 16, 2010

Fasa Dalam Perniagaan....


Salam semua. Adakah anda tahu bahawa terdapat 3 fasa dalam perniagaan tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet…

Fasa pertama…
Perniagaan bermula. Sering kali bermula dengan cita-cita, minat & passion! Usahawan memulakan perniagaan di peringkat awal. Selalunya, pada fasa ini, seorang diri, atau satu team kecil dalam memulakan perniagaan. Usahawan perlu roll up their sleeve and do the work! Kadang kala sehingga 24jam sehari mengendalikan perniagaan!

Oleh kerana minat & passion, kerja dapat di lakukan dengan sempurna… namun, berita buruknya, pada fasa pertama perniagaan, statistik menunjukkan lebih daripada 90% perniagaan GAGAL!
  


Walaupun fasa pertama adalah kecil, bukan bermakna keuntungan juga adalah kecil. Ada juga jutawan di lahirkan di fasa pertama perniagaan.

"Ketika umur 21-25, saya bersama isteri berdua mengerjakan perniagaan Internet, dari pagi sampai ke malam. Makan Internet, minum Internet & tidur Internet. Alhamdulillah, pendapatan melebihi RM1juta. Walaupun dalam fasa pertama perniagaan. (Perniagaan Internet pertama saya adalah perkhidmatan. Oleh itu, tidak boleh menjadikannya automatic/auto pilot) - Irfan Khairi"

Namun begitu, fasa pertama mempunyai kelemahan yang amat ketara. Walaupun wang boleh diperolehi, adakalanya lumayan! Tetapi, usahawan akan terikat dengan perniagaan! Dalam erti kata lain, Financially Free, tetapi bukan Time Free. Tiada atau kurang masa bebas! 
… bersambung untuk penyelesaian esok.

No comments:

Post a Comment