Adakah anda telah menghentikan pengiklanan anda kerana kecewa??Ataupun terus berhenti dalam perniagaan anda??
Sekiranya anda belum lagi mengambil peluang Internet untuk mempromosi perniagaan anda, lakukannya sekarang! Ini adalah kerana, memulakan perniagaan Internet adalah amat murah berbanding dengan perniagaan bukan Internet. Untuk menjalankan perniagaan bukan Internet, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan RM1,000. Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, “sewa” bulanan adalah cuma RM30- dan anda dapat mencapai pelanggan seluruh Malaysia, dan serata Dunia! Jumlah pengguna Internet seluruh Malaysia: 10 juta pengguna. Jumlah pengguna Internet sedunia: 1 billion pengguna!
Anda perlu tahu bahawa terdapat terlalu banyak peluang perniagaan Internet yang terbuka di Malaysia (gaps in the market) yang boleh di ambil oleh usahawan tempatan. Jangan tunggu lama-lama oleh kerana sesiapa sahaja mendapat pasaran pertama dan menjadi pioneer dalam industri mereka akan pasti mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar!
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar di Malaysia, anda tahu siapa anda patut jumpa- the real expert! Secara purata, sesuatu perniagaan tidak mendapat keuntungan pada tahun pertama- kalau ada, jumlahnya agak kecil. Tahun pertama sering dianggap tahun “belajar”.
Masuk tahun kedua, ianya menjadi tahun “implementasi”. Dengan mengenal pasti trend perniagaan yang berlaku pada tahun pertama, perniagaan dapat memperbaiki segala kelemahan.
Kebiasaannya sesuatu perniagaan mendapat keuntungan yang lumayan pada tahun ketiga.
Sebelum anda memulakan perniagaan, fikirkan perubahan musim perniagaan ini. Adakah anda sanggup membangunkan perniagaan anda sehingga 3 tahun yang akan datang? Atau anda hanya melihat keuntungan jangka pendek? Bolehkah anda mendapatkan modal pusingan untuk menampung perniagaan anda selama 3 tahun yang akan datang? Sanggupkah anda dedikasi diri anda kepada perniagaan anda untuk jangka waktu panjang?
Lebih dari 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama. Mana tidaknya… tahun pertama adalah tahun belajar!
Jom kita ikuti apa kata Jutawan Internet Irfan Khairi -
"Dalam perniagaan Internet dan juga perniagaan bukan Internet, promosi adalah amat-amat-amat penting. Kita pun tahu 94% kegagalan perniagaan adalah kerana tidak melakukan promosi. Promosi perlu dilakukan secara berterusan- non stop. Sekiranya kita berhenti promosi, maka, keuntungan pun akan berhenti juga. Bererti, kalau kita rasa perniagaan kita sudah hebat oleh kerana kita dah melakukan promosi, sekiranya kita berhenti promosi… mungkin sebulan dua akan datang, keuntungan pula akan kurang. Dalam kata lain, keuntungan kita hari ini adalah hasil promosi kita dua bulan lepas! Jadi, kalau kita berhenti promosi hari ini, ia pastinya akan menganggu keuntungan kita akan datang."
Ada yang tanya… business IK dah hebat. IK tak perlu promosi pun, ramai pelanggan.
Jawapan IK: Betul ke saya tak perlu promosi? Selang 2 hari, saya tulis blog… selang seminggu saya tulis newsletter RahsiaInternet… Setiap bulan saya tulis artikel untuk beberapa majalah. Tak lupa pula radio & TV promotion So, if perniagaan saya pun, saya promosi hampir every day untuk berjaya, perniagaan anda juga perlu promosi everyday untuk berjaya
Jangan lupa, promosi should be non-stop!
The Casino - Dr. Greenville
ReplyDeleteThe Casino. Dr. Greenville, Connecticut - See map. Dr. Greenville. 구리 출장안마 Casino. Dr. Greenville, 구미 출장샵 CT. See 안성 출장샵 more reviews, including 김포 출장안마 photos, 대구광역 출장안마 maps, and more info.