Friday, December 3, 2010

Kelebihan Menjadi Blogger !!!

Apa khabar semua? Terima kasih kerana masih terus membaca blog saya. Adakah anda tahu kelebihan menjadi blogger? Jom kita baca 5 kebaikan yang anda dapat setelah menjadi seorang blogger..

Ada pihak yang memandang serong terhadap blogger, ini kerana mereka menganggap seorang blogger itu hanya pandai memutarbelitkan fakta dan menimbulkan spekulasi yang tidak baik..
 
Warning..!! to people who judge blogger as rubbish you were wrong..!!

Tugas seorang blogger adalah untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat.. oleh itu terdapat beberapa kebaikan apabila kita menjadi seorang blogger.. tanpa blogger, banyak isu yang jarang dan tidak berani diutarakan oleh pihak yang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri dapat diutarakan dengan serius..

Dibawah ini terdapat beberapa kebaikan apabila kita menjadi seorang blogger...

1. Disiplin...!!

Disiplin.. blog boleh mengajar seseorang itu menjadi orang yang lebih berdisiplin.. Saya sendiri mengakui menjadi lebih berdisiplin setelah menjadi seorang blogger.. 

Apa logik nya..??  setelah anda menjadi seorang blogger, blog anda mula mempunyai pembaca setia dan peminat.. jadi anda  perlu mengupdate blog anda consistently agar pembaca-pembaca anda tadi tidak lari dan akhirnya melupakan kewujudan blog anda.. 

Maka dengan secara tidak langsung ianya telah melatih anda untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin... dan tidak mendorang ada menjadi seorang yang malas..


2. Berpengetahuan..!! 
Menulis didalam sesebuah blog.. memerlukan input dan sumber bahan yang betul.. jadi anda harus mengkaji sesebuah isu itu sebelum menulis mengenainya... oleh itu ianya mendorong anda untuk lebih berfikir dan mengkaji..

Otak manusia jika digunakan secara maksimum.. ianya dapat melahirkan idea-idea yang bernas dan bijak.. Blog anda dibaca oleh pelbagai pihak.. dan jika anda salah mengeluarkan fakta maka ianya akan menjadi outa yang akhirnya memudaratkan diri anda..

Apa akan berlaku..?? jika anda salah mengeluarkan fakta.. maka bertubi-tubilah komen yang pedas terhadap penulisan anda.. jadi menjadi seorang blogger telah memaksa anda berfikir hingga ketahap luarbiasa agar karya yang ditulis tidak dikritik dan akhirnya anda secara tidak langsung mendaji seorang yang lebih berpengetahuan ...

3. Network...!! 

Di dalam dunia IT anda bukan sahaja berhubung dengan satu komuniti kecil.. malah anda berhubung dengan seluruh dunia.. oleh itu dengan menggunakan blog.. anda mampu memperolehi rakan di seantero dunia..

Contohnya.. komuniti blogger Malaysia seperti Geng blogger dan negaraku.. dari komuniti seperti inilah anda mampu berkenalan  dengan bermacam-macam ragam manusia.. dan anda boleh take advantage dari komuniti tersebut untuk melakukan sesuatu...

Seperti kata bidalan orang moden.. "network tu penting"... so dengan berbloging juga anda mampu mendapatkan network dan kawan yang ramai.. dari situ anda anda bukan sahaja dapat  berkongsi ilmu dan pengalaman, malah juga mampu bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu isu dengan rakan network anda..

4. Kehebatan blogger...!!! 

Blogger can change the world..!! Sudah ternyata bahawa blog mampu mengubah sesuatau.. contohnya, blog adalah antara medium yang menjadi punca kejatuhan sesebuah kerajaan... inilah kuasa blog..

Dengan blog kita mampu memperjuangkan sesuatu agenda  dan kempen dengan berkesan.. seperti kempen blogger we care dan sebagainya.....

Inilah kuasa blog dengan blog kita boleh membantah sesuatau isu dengan menyediakan petisyen secara online tanpa melakukan demontrasi jalanan yang nampak lebih huru hara dan tidak bertamadun..

5. Kerjaya..!!

I'm serious blogger..!! tahukan anda blog boleh menjadi salah satu kerjaya untuk anda.. ramai blogger-blogger seperti budiey.com dan siapa lagi kalau bukan  jutawan internet Irfan khairy.. mereka telah menjadikan blog sebagai kerjaya mereka..

Anda mempunyai kelayakan bekerja.. namun kerenah birokrasi telah menyebabkan anda sukar mencari pekerjaan.. tetapi anda mempunyai skill dan kepandaian menulis blog.. oleh itu blog juga boleh dijadikan sebagai kerjaya.. inilah kelebihan menjadi seorang blogger..
Dengan menggunakan blog, anda mampu menjana pendapatan yang tinggi.. sehingga mampu mencecah jutaan ringgit... jadi.. tidak mustahil suatu hari nanti kerjaya sebagai blogger mampu menjadi salah satu pilihan utama lepasan-lepasan universiti yang menganggur..

Hah...mudah kan cari income lebih dalam bisnes internet....tak perlu modal besar pun....hanya berbekalkan modal kerajinan, usaha yang berterusan dan kesabaran.....Jom baca tips dari saya seterusnya.....(jgn lupa jadi follower saya ya...apapun thks)

3 comments:

  1. Banyak yg saya belajar dari blog Kak ita....moga lebih berjaya...aminnnnn...

    ReplyDelete
  2. jom kita teruskan pembelajaran kita dan jgn lupa pengiklanan ttp kena berjalan dgn baik...

    ReplyDelete