Thursday, December 2, 2010

Cara Hidup Jutawan Sebenar !!!

Para pembaca sekalian
Ramai dalam kalangan kita memiliki pandangan yang silap berkenaan kehidupan seorang jutawan. Bagi mereka, kereta mewah serta banglo mewah merupakan satu syarat wajib untuk dimiliki oleh seorang jutawan. Dalam erti kata lain, mereka beranggapan jutawan yang mempunyai gaya hidup yang mewah dan merasakan kehidupan begini merupakan kebahagiaan yang berpanjangan.
The Millionaire Mind , Thomas Stanley, best seller New York Times.
Dalam buku The Millionaire Mind , best seller New York Times, Thomas Stanley sudah menemu bual lebih daripada 733 orang jutawan seluruh dunia. Beliau terkejut apabila didapati ramai di antara mereka tidak menjalani kehidupan seperti yang disangka oleh orang ramai. Mereka tidak memandu kereta mewah daripada model terbaru namun disebaliknya, mereka hanya memandu kereta buatan tempatan yang sudah berusia lebih daripada 10 tahun. Dan kesemuanya menjalani kehidupan sederhana mengikut bajet perbelanjaan yang sudah ditetapkan setiap bulan.

Ingvar Kamprad
Secara tidak rasmi , pengasas IKEA, Ingvar Kamprad dikatakan seorang terkaya di dunia dan  beliau mempunyai nilai bersih lebih daripada apa yang dimiliki oleh Bill Gates. Salah satu sebab kenapa beliau dikatakan orang terkaya di dunia ialah sikap beliau yang berhemat. Hingga hari ini, Kamprad dikatakan lebih gemar menaiki kapal terbang kelas bawahan, memandu kereta Volvo model lama. Malah beliau sering membeli sayur sayuran di pasar dan tidak mengikut trend  ’orang kaya’ lain’  iaitu hanya mengupah orang gaji untuk membuat kerja yang dianggap leceh itu.

Sam Walton
Sekiranya Sam Walton masih hidup sekarang ini, pengasas rangkaian Wall Mart tersebut tentunya mengatasi jutawan Amerika Syarikat yang lain. Sepertimana kita lihat pada senarai 30 orang terkaya di dunia dalam senarai yang dikeluarkan Forbes, lima daripada kumpulan tersebut datangnya daripada keluarga mereka sendiri dan mereka dikatakan juga mewarisi harta kekayaan yang ditinggalkan oleh Sam Walton. Ya, apa yang saya ingin ketengahkan di sini ialah cara beliau yang begitu membanggakan saya. Sam Walton dikatakan sering berkongsi bilik, sekiranya pergi ke mana-mana atas urusan perniagaan, tidak lain tidak bukan hanya untuk mengurangkan perbelanjaan harian beliau. Beliau juga menaiki kapal terbang kelas ekonomi dan memakai pakaian daripada kedainya sendiri sahaja.

Para pembaca yang setia sekalian,
Terang lagi bersuluh salah anggapan yang dibawa oleh masyarakat kita bahawa kehidupan mewah dan berada adalah sesuatu kehidupan yang wajib dimiliki oleh seseorang jutawan. Dan apa yang kita boleh huraikan berdasarkan bukti di atas ialah sifat utama yang dimiliki olej jutawan sebenar adalah sifat berjimat cermat dan mereka menjalani kehidupan yang JAUH lebih rendah daripada apa yang mereka mampu. Saya akhiri artikel ini dengan quotes dari salah seorang ‘motivational speaker’ terkenal iaitu Robert Kiyosaki.
“In most cases, when people make more money, they get deeper in debt. This is why money alone does not make you rich.” Robert Kiyosaki
Jumpa lagi dalam post saya seterusnya....jangan lupa membacanya....

No comments:

Post a Comment