Jom kita baca formula yang dicipta oleh Dr Irfan Khairi...
Kita semua tahu tentang 94% perniagaan (Internet dan juga bukan Internet) gagal kerana tidak melakukan promosi. Bagaimanakah kita hendak tahu sama ada promosi kita mencukupi?
Di sini lah timbulnya “The Rule of 5″. ia mengatakan bahawa pada setiap masa, sekurang-kurangnya anda mempunyai 5 cara promosi yang bergerak serentak. Itulah dia "Rule of 5".
Contoh, pada satu waktu mungkin:
- Anda mengedarkan flyer
- Anda membuat pengiklanan di Internet
- Anda membuat free preview mengenai perkhidmatan anda
- Anda promosi melalui email (bukan spam!)
- Anda berjumpa prospek
Cukup lima… itulah The Rule of 5. Lima kaedah promosi dilakukan serentak. Di atas contoh sahaja… terpulang kepada anda kaedah apa yang anda gunakan.
"Sekiranya anda melakukan perniagaan, dan lihat keuntungan tidak memberangsangkan… cermin kembali perniagaan anda. Adakah anda aplikasikan the Rule of 5? Kalau tidak… sendiri mau ingat! "
Juga ingat… the Rule of 5 adalah MINIMA. Kalau yang minima pun anda tidak lakukan… maka, jangan disalahkan perkara2 lain. Salahkan diri anda sebagai pemilik perniagaan.
Jom kita hayati kata-kata ini pula - "Saya fikir walaupun saya miskin,saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan"~ Dato Dr Azman Ching.
Jadi, jangan jemu dan cepat putus asa dalam perniagaan anda...
Jadi, jangan jemu dan cepat putus asa dalam perniagaan anda...
Apakah fasa terakhir yang perlu ada dalam perniagaan kita?
Fasa ketiga dalam pakej tersebut ialah komitmen (commitment). Ia boleh ditakrifkan sebagai kesungguhan, kesabaran, kesediaan, kesanggupan dan ketekunan dalam sesuatu bidang yang diceburi. Seseorang yang memiliki ilmu yang tinggi dan mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang tetapi tidak memberi komitmen dalam perkara tersebut belum tentu akan berjaya dalam bidangnya.
Perkara terakhir dalam pakej tersebut ialah disiplin (discipline). Disiplin diri untuk melaksanakan sesuatu amat penting demi memastikan sesuatu yang dilakukan berjalan dengan lancar, berterusan dan konsisten. Hanya sesuatu usaha yang konsisten sahaja yang akan menampakkan hasil yang membanggakan. Bagi umat Islam, ibadat solat dan puasa mengajar erti disiplin. Alangkah baiknya jika disiplin ini juga dapat diaplikasikan dalam tugasan yang lain.
Empat perkara ini iaitu pengetahuan (knowledge), kemahiran (skill), komitmen (commitment) dan disiplin (discipline) datangnya dalam satu pakej. Itulah pakej untuk berjaya dalam apa jua yang diceburi.
Teruskan lagi pembacaan anda...jangan jemu ya....sesiapa yang belum jadi follower saya...jom bersama saya dalam blog ini....moga kita boleh sharing bersama segala ilmu yang penting utk berjaya....
No comments:
Post a Comment