Thursday, November 25, 2010

Teknik Paling Pantas Buat Duit Di Internet!!!

Ramai mengeluh bila berjumpa dengan saya, bagaimana mahu meneruskan bisnes di internet sbb kos pengiklanan di tempat-tempat yang ramai pembaca selalunya memakan kos yang terlalu tinggi. Dan antara punca mereka tidak meneruskan bisnes internet mereka adalah disebabkan tidak dapat meneruskan pengiklanan disebabkan tidak mempunyai modal yang mencukupi. Adakah anda tahu bahawa anda perlu kreatif untuk mencari duit tambahan lain bagi menampung segala kos yang perlu anda tanggung dalam apapun bisnes dan pekerjaan anda...

Perkara pertama.. lihat ke dalam diri…  kenalpasti kemahiran-kemahiran yang anda miliki! Dengan cara ini, anda tidak perlu bersusah payah dan pening kepala untuk mencari produk/pembekal.. kerana, produknya adalah “kemahiran” sedia ada yang terdapat di dalam diri anda.
Antara kemahiran sedia ada yang mungkin anda miliki..
  • Kemahiran menulis artikel
  • Kemahiran memasang blog
  • Kemahiran rekabentuk grafik/melukis (design banner, ecover dll)
  • Kemahiran mengedit photo
  • Kemahiran mengaturcara
  • Kemahiran mengupload video
  • Kemahiran membaca/proof reading
  • Kemahiran buat website
  • dan sebagainya…..
Selepas dah tahu apa kemahiran yang anda miliki… tawarkan ia di forum-forum yang berkaitan!  Seperti di Forum Wangcyber, facebook, mysapce dan banyak lagi ruang-ruang forum dan media komunikasi di internet ini...

Insyallah, jika ada yang berminat, anda boleh lakukan khidmat tersebut dalam masa 1 hari dan terus menerima bayaran pada hari tersebut.

Servis yang ditawarkan ini tidaklah perlu terlalu “advance” sangat… (tapi kalau advance pun, lagi bagus.. boleh up sikit harga! :P )

Cukup sekadar perkhidmatan yang basic-basic sahaja, seperti khidmat memasang blog. Percaya atau tidak, masih ramai insan diluar sana yang tidak tahu bagaimana menginstall blog di dalam server mereka, walaupun pada hakikatnya, perkara tersebut hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Kadangkala, ada juga insan yang sudah mahir, tetapi, mereka kesuntukan masa untuk melakukannya.. jadi mereka lebih suka outsourcekan sahaja.  Pada mereka, tak kisah bayar RM10-RM20, apa yang mereka tahu, web mereka mereka sudah siap dipasang sebuah blog  beserta plugin-plugins wajib dan juga themes yang menarik.

Jadi, disinilah peluang anda untuk membuat duit.

Sekarang.. cuba semak-semak semula kemahiran anda dan tawarkanlah ia di forum-forum yang  berkaitan . Insyallah.. RM10-RM50 senang-senang je boleh dapat.. :) (kaedah ini juga amat sesuai untuk mereka yang belum pernah merasa RM1 yang pertama mereka di internet).

Tetapi.. jika anda dapati anda tiada langsung kemahiran yang boleh ditawarkan? Ermm…. mungkin anda sudah ditakdirkan untuk tidak boleh membuat duit dengan pantas di internet!.....betul ke dah ditakdirkan begitu.....
.
.Ala......janganlah marah dan terus percaya..gurau jer.......kena yakin pada diri anda sebenarnya....... kalau takde kemahiran tu.. boleh belajar… bila dah pandai.. barulah boleh offer kat orang ramai..


Jom teruskan membaca blog saya.....

2 comments:

  1. Kak Zainita punya idea menarik la.. Kalau sebelum ni saya pun macam tak percaya tapi ada kawan saya di VeMMA yang ambil upah buat website Blinkweb untuk ahli2 VeMMA yang lain. Padahal website Blinkweb tu percuma je dan memang direka untuk orang x tau komputer tapi tu pun laku jugak :)

    ReplyDelete
  2. betul tu Hikari...utk berjaya..kita mesti kreatif dan rajin...

    ReplyDelete